Tuesday, January 27, 2009
14 Jan 2009 (KaryawanWS berjumpa dengan Datuk Madius Tangau)

Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) iaitu Tony Francis Gitom dan AJK persatuan telah membuat lawatan dan berjumpa dengan Datuk Madius Tangau, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) di pejabat beliau. Datuk Madius telah menyokong penuh usaha persatuan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan Malaysia bagi memohon slot ‘airtime’ di RTM yang selama ini karyawan dan artis tempatan bumiputera Sabah iaitu Kadazan, Dusun, Murut & Bajau terpinggir daripada peluang berkarya dan muncul di di kaca tv di stesen kerajaan.
13 Jan 2009 (KaryawanWS berjumpa dengan Datuk Masidi Manjun)





Presiden Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) iaitu Tony Francis Gitom dan AJK persatuan telah membuat lawatan dan berjumpa dengan Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di pejabat beliau. Datuk Masidi telah menyokong penuh usaha persatuan untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan Malaysia bagi memohon slot ‘airtime’ di RTM.
Beliau bercakap di sidang media bersama persatuan dengan pemberita RTM, Kota Kinabalu. Datuk Masidi berharap pihak RTM boleh memberi peluang kepada anak-anak Sabah untuk berkarya di RTM dalam program hiburan, drama dan dokumentari dalam pelbagai bahasa tempatan iaitu Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau. Beliau meminta kalau boleh slot drama bersiri Korea, Jepun atau Amerika Latin di RTM, dikurangkan dan memberi peluang kepada para penggiat seni di Sabah untuk berkarya.